Sabtu, 2 Januari 2016

SELAMAT TAHUN BARU 2016

Selamat Tahun Baru 2016 semoga hidup sentiasa sihat dan dapat meneroka resipi yang relevan setiap hari dan boleh diwarisi pada anak-anak.

Image result for selamat tahun baru 2016

Jumaat, 5 September 2014

Apom Lenggang / Apam Manis / Thengai Pal Appam


Bahan-bahan perlukan;

2 cawan beras.
3/4 cawan nasi sejuk.
1 cawan kelapa parut.
1/2 sudu besar gula.
1/2 sudu kecil yis segera kering.
1 sudu kecil (tsp) garam atau cukup rasa.


CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh beras sehingga bersih dan rendam dalam air sekurang-kurangnya 4-6 jam. Selepas tempoh rendaman, basuh kembali beras, mulakan kisar dengan 3/4 cawan nasi sejuk dengan 1 cawan kelapa parut, air dalam 3/4 cawan, gula dan yis. Jadikan adunan tepung yang halus betul. Kisaran perlu lakukan dgn air sedikit demi sedikit supaya adunan ini seperti adunan tosai atau kueh apom 'merekah'.

2. Ambil sebuah bekas yang boleh menampung 11/2 kali adunan tepung (tepung akan bangkit) masukkan Adunan anda kedalamnya dan tutup. Adunan tepung sedia untuk difermantasi/tapaikan sekurang-kurangnya 5-6 jam.

3. Adunan yang telah peram akan menjadi pekat sedikit dari asal. Tentukan adunan anda dikacau betul dan kalau perlu dicairkan sedikit seperti adunan tepung roti kirai atau kuih ketayap. Tambahkan sedikit santan jika perlu. Masukkan garam secukup rasa.

4. Panaskan kuali lenggang kalau ada..sapu minyak, kalau tak ada boleh gunakan kuali non-stick. Tuang satu senduk adunan tepung di tengah kuali. Dengan memegang telingga kuali dgn kain cuba putarkan tepung sekeliling kuali. Tutup kuali dengan penutup dan kecilkan api untuk bahagian tengah yg tebal masak selama 3-4 minit. Bila dibahagian tengah masak dan tepi apom mula terkopek sendiri..dengan perlahan keluarkan apom.

5. Dalam apom lenggang ini paling penting ialah kelikatan adunan tepong dan kuali yang anda gunakan, kalau apom anda melekat di kuali tambahkan sedikit santan pekat dalam adunan tepung anda. Santan boleh bantu sedikit..kalau masih melekat buat apa-apa yg patut petua bagi kuali tak melekat..kalau tak jadi jugak jangan risau jadikan kueh 'serabai'...Selamat mencuba.
 — 

Sabtu, 22 September 2012

EON Jaya Jusco-Sosoj dan sushi serta Paparoti

 Sosej dan sushi

Benda yang tak sah tak bawa balik bila ke EON Jaya Jusco Country Homes Rawang adalah sosej dan sushi yang agak murah dan sedap. Nak pergi ke EON JJ tu memang dekat tetapi terpaksa menempuh kesesakan jalan raya yang 'on progress'. Rasanya lebih baik ke KL 45 minit dibandingkan hampir 1 jam ke JJ.
Satu lagi makanan yang sedap dan wangi adalah Papa Roti. Seorang tak puas kalau beli 1 pasti beli 2 untuk 'take away'.
 Paparoti

Sabtu, 28 Julai 2012

Ramadhan Almubarak

Salam Ramadhan Mubarak 2012. Apabila Ramadhan tiba saya paling rindukan saat masak bersama-sama arwah suami dan anak-anak dan ketika berbuka. Disunatkan berbuka dengan buah kurma.
Pejam celik-pejam celik keindahan bulan Ramadahan tiba lagi. Semakin kita menginjak umur, semakin berbeza cara kita menikmati dan mensyukuri bulan penuh mulia ini. pasti rasa kerinduan pada Ramadhan yang dulu banyak mengimbau kenangan.
BUBUR LAMBUK EN. AZIZUL RAHMAN B. AZIZI
(bubur lambuk arwah ARAzizi yang mendapat pujian ustaz yang hadir ke Surau Nur Ikhwan)


BAHAN_BAHAN

Daging lembu segar
Tulang lembu
3 pot Beras
(Rempah ratus letak sedikit sahaja)
  • .kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • bunga cengkeh
  • buah pelaga
  • halba
  • lada hitam biji
kiub ayam/ikan bilis Knorr
santan
garam dan gula
Daun sup
Bawang putih
Bawang besar
(Bawang dimayang)


CARA-CARANYA:

Rebus daging dan tulang dalam periuk tekanan supaya cepat lembut. Setelah daging dan tulang agak lembut, masukkan bawang putih dan bawang besar yang dimayang, rempah ratus (jangan terlalu banyak) masukkan kiub ayam/ikan bilis Knorr Garam dan sedikit gula. Setelah mendidih masukkan beras. Rebus sehingga beras pecah biji. pastikan kuah tidak terlalu pekat dan selalu kacau supaya tidak hangit.
Kemudian masukkan santan, Pastikan bubur tidak pekat kerana bubur akan menjadi pekat bila sejuk.
Angkat dan tabur daun sup.
* Ingat jangan masak bubur dalam periuk tekanan nanti hangit.

Sabtu, 9 Jun 2012

Bahulu Cicah Teh

Hari ni menghadiri undangan kemajlis perkahwinan anak mantan HM Smkrawang ,Pn Hjh Mazlah. paling saya suka bila dapat ole-ole dari tuan kenduri bahulu cicah tea.keluaran bumiputera,Harmoni Food Supplier. beralamat, no 2D 1-8 jln rawang mutiara 3;rawang mutiara business centre 3, 48000 rawang selangor.

Sarapan Pagi -Ringkas Masa Cuti

Sarapan pagi yang ringkas masa cuti. Sihat tapi agak berat. Lempeng /penkek dengan telur hancur serta buah epal hijau.