Ahad, 21 November 2010

Sosej Daging Korban

Bahan-bahan:
Tali perut lembu
Bahan Perap:
daging cincang
kicap lemak manis 
sos tiram
gula dan garam secukup rasa
daun ketumbar/daun sup

Cara-caranya
Bahan yang diperap selama satu jam dimasukkan ke dalam tali perut lembu yang telah dicuci bersih.
Masukkan sedikit demi sedikit daging cincang tadi sehingga padat. Ikat  dan simpul tali perut sehingga kemas. Sosej sedia untuk di bakar sehingga masak.

Rabu, 17 November 2010

Apam Marmar



Ramuan:       (Resipi ini disiarkan untuk rujukan saya dan keluarga mencuba. Nampak sedap.)
250gm tepung naik sendiri
200ml santan
160gm gula halus (Original was 200gm)
2 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
1 sudu makan ovallete
Secubit garam
Pewarna makanan, ikut kegemaran masing-masing

Kaedah:
1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan kecuali pewarna.
2. Pukul dengan speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga aduan kembang dan pekat.
3. Bahagi adunan kpd 3 bahagian, satu kekal warna asal dan warnakan dua bahagian yg lain.
4. Dalam acuan yg telah dilengser dgn mentega, bubuh warna secara berselang seli seperti dalam gambar. Diikuti dengan bahagian tanpa warna pada bhg atasnya.
5. Gunakan spatula utk membuat pusingan satu arah sebanyak 1-2 kali. Kukus selama 45 minit. Jangan lupa utk membalut penutup kukusan dengan kain supaya air tidak menitis ke atas apam.


This Apam Marmar has a very fragrant smell of coconut milk and it reminds me of Kuih Puteri Ayu the green colour apam with grated coconut on top.
 

Selasa, 16 November 2010

Garlic Bread

Bahan-bahannya:

1 batang baguette/French stick
4 ulas bawang putih- dihiris halus
Sedikit daun parsley
Sedikit minyak zaitun /mentega

Cara-caranya:

Panaskan oven 180C .
Baguette/french stick dipotong nipis dan letakkan ke atas dulang pembakar.
Ambil bawang putih dn campur dengan mentega, dan sapukan ke atas hirisan roti tadi.
Taburkan daun parsley yg dihiris halus.
Semburkan minyak zaitun ke atas roti tadi sebelum dibakar.
Bakar di dlm oven selama 4-5minit,bergantung kepada roti.Sekiranya roti telah masak dan garing, angkat dan hidangkan bersama sup.