Sabtu, 22 September 2012

EON Jaya Jusco-Sosoj dan sushi serta Paparoti

 Sosej dan sushi

Benda yang tak sah tak bawa balik bila ke EON Jaya Jusco Country Homes Rawang adalah sosej dan sushi yang agak murah dan sedap. Nak pergi ke EON JJ tu memang dekat tetapi terpaksa menempuh kesesakan jalan raya yang 'on progress'. Rasanya lebih baik ke KL 45 minit dibandingkan hampir 1 jam ke JJ.
Satu lagi makanan yang sedap dan wangi adalah Papa Roti. Seorang tak puas kalau beli 1 pasti beli 2 untuk 'take away'.
 Paparoti

Sabtu, 28 Julai 2012

Ramadhan Almubarak

Salam Ramadhan Mubarak 2012. Apabila Ramadhan tiba saya paling rindukan saat masak bersama-sama arwah suami dan anak-anak dan ketika berbuka. Disunatkan berbuka dengan buah kurma.
Pejam celik-pejam celik keindahan bulan Ramadahan tiba lagi. Semakin kita menginjak umur, semakin berbeza cara kita menikmati dan mensyukuri bulan penuh mulia ini. pasti rasa kerinduan pada Ramadhan yang dulu banyak mengimbau kenangan.
BUBUR LAMBUK EN. AZIZUL RAHMAN B. AZIZI
(bubur lambuk arwah ARAzizi yang mendapat pujian ustaz yang hadir ke Surau Nur Ikhwan)


BAHAN_BAHAN

Daging lembu segar
Tulang lembu
3 pot Beras
(Rempah ratus letak sedikit sahaja)
  • .kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • bunga cengkeh
  • buah pelaga
  • halba
  • lada hitam biji
kiub ayam/ikan bilis Knorr
santan
garam dan gula
Daun sup
Bawang putih
Bawang besar
(Bawang dimayang)


CARA-CARANYA:

Rebus daging dan tulang dalam periuk tekanan supaya cepat lembut. Setelah daging dan tulang agak lembut, masukkan bawang putih dan bawang besar yang dimayang, rempah ratus (jangan terlalu banyak) masukkan kiub ayam/ikan bilis Knorr Garam dan sedikit gula. Setelah mendidih masukkan beras. Rebus sehingga beras pecah biji. pastikan kuah tidak terlalu pekat dan selalu kacau supaya tidak hangit.
Kemudian masukkan santan, Pastikan bubur tidak pekat kerana bubur akan menjadi pekat bila sejuk.
Angkat dan tabur daun sup.
* Ingat jangan masak bubur dalam periuk tekanan nanti hangit.

Sabtu, 9 Jun 2012

Bahulu Cicah Teh

Hari ni menghadiri undangan kemajlis perkahwinan anak mantan HM Smkrawang ,Pn Hjh Mazlah. paling saya suka bila dapat ole-ole dari tuan kenduri bahulu cicah tea.keluaran bumiputera,Harmoni Food Supplier. beralamat, no 2D 1-8 jln rawang mutiara 3;rawang mutiara business centre 3, 48000 rawang selangor.

Sarapan Pagi -Ringkas Masa Cuti

Sarapan pagi yang ringkas masa cuti. Sihat tapi agak berat. Lempeng /penkek dengan telur hancur serta buah epal hijau.

Isnin, 4 Jun 2012

Mihun Sup Utara

Hari ni kakak Aiman masak mihun sup utara. Jadi tukang masak kami sebelum habis cuti semesternya hujung minggu ni.

Resipi Mihun Sup Utara.
Bahan A:
1 paket bihun  dan rendamkan beberapa jam
1 sudu besar kunyit
Bahan Kuah:
500 gram daging berlemak muda dan potong besar
300 gram perut
2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu besar lada hitam dan tumbuk kasar
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Garam
Air secukupnya

Bahan Hiasan:
Daun sup dan daun bawang dihiriskan
Bawang goreng
Cili merah dihiriskan
Mesti ada lobak masin
Cara Penyediaan
1. Rebuskan bahan kuah sehingga daging lembut. Guna periuk tekanan.
2. Hiriskan daging sampai nipis.
3. Celurkan bihun supaya lembut, dan toskan.
4. Masukkan bihun dan daging serta bahan hiasan dalam mangkuk dan letakkan kuah.
5. Hidangkan.

SAMBAL MERAH

Bahan-Bahan:
100 gram cili kering
100 gram bawang merah dan dimesin halus
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar dimayang
3 sudu besar tomato sos
3 sudu besar cili sos
Minyak
Garam
Gula
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan tomato dan cili sos. Kacau rata sampai naik minyak.
3. Masukkan bawang besar dan gula. Masakkan sehingga pekat.
 nak sedap lagi, mesin buah laici dan campur dalam sambal merah.

Selasa, 29 Mei 2012

Tomato Mini Asam Masin

Sekiranya teringat sesuatu yang masam masin dan manis boleh cuba hirisan asam masin dengan hirisan tomato mini. Anda juga boleh cuba dengan hirisan buah limau kasturi.

Isnin, 7 Mei 2012

Roti Hot Dog

Roti Hot Dog sedap dimakan dalam pelbagai cara, selalunya saya menggunakan hot dog 'Ayam Mas' perasa keju atau cendawan. Hot dog sedap dimakan selepas dikukus. Anda  boleh tambahkan Frego Keju dan Herba serta sos cili/tomato.
Anak-anak boleh bawa bekal kesekolah dan ianya amat megenyangkan. Selamat makan.

Sabtu, 5 Mei 2012

Kuih Ketayap Cicah Sadin

Untuk kulit 
1 cawan tepung gandum 
1 biji telur 
1 1/2 cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk) 
1 1/2 sudu kecil garam 
2 sudu besar minyak masak 
Beberapa titik esen vanila 

Untuk cicah 
1 tin sadin/makarel 
boleh masak cara masak asam sadin/mekarel , masak sambal tumis sadin/mekarel  
atau masak kari sadin/mekarel
 CARA MEMBUATNYA
  1. UNTUK KULIT; . Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan.. Kacau sehingga sebati . Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi.  Nak warna original ketayap tak payah guna pencelup,
  2. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit,tutup dengan tudung periuk , angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus  gulung. 
  3. UNTUK PENCICAH : Cicahlah dengan sadin yang boleh dimasak ikut citarasa sendiri. Cadangan hari ni cicah sadin masak asam, esok cicah sadin masak sambal tumis dan lusa cicahsadin masak kari. Selamat mencuba.