Penkek -Pillsbury Pancake Mix Original

Pagi ni sarapan penkek Pillsbury yang dimasak Aisyah. Penkek ni boleh dipelbagaikan citarasa dan mudah membuatnya. Caranya; untuk 20-22 keping pankek masukkan 2 cawan tepung pillsbury, 1 1/3 cawan susu segar, 1/4 cawan minyak jagung dan 2 biji telur.
1.Panaskan kuali leper/pan yang disapu mentega supaya pankek tidak melekat
2.Tuangkan adunan penkek mengikut saiz kesukaan anda/1 senduk
3.Masak dan balikkan penkek sehingga bertukar warna perang.
Untuk citarasa yang pelbagai kta boleh makan bersama mentega dan madu/sirap/kaya/aiskrim/cokelat

Ulasan

Catatan Popular