Ahad, 11 Disember 2011

Cucuq Jagung

Resipi cucuq jagung ni mudah saja membuatnya selalunya ia menjadi resipi wajib time open house rumah saya. Dihidangkan panas-panas kepada tetamu dan dicicah dengan sos maggi thai atau sos yang di buat sendiri. Cucuq jagung ni juga menjadi cucuq yang dihasilkan dari air tangan Almarhum En Azizul Rahman semasa open suarau Nur Ikhwan Rawang  ketika jamuan hari raya. tetapi kini semua tinggal kenangan.
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum  dan sedikit tepung beras
5 tongkol jagung
udang segar
sayur kuchai
bawang besar dimayang
udang kering sedikit ditumbuk
jintan manis ditumbuk kasar
air garam dan air suam
bikarbonate soda/yis dicampur sekiranya inginkan cucuq yang kembung
cili kisar 3 sudu dan serbuk kunyit
air kapur
Cara-caranya
Masukkan semua bahan bancuh dengan air suam. goreng hingga kekuningan

Bahan untuk mencicah:
Tumbuk Cili api anggaran 10 biji, mayangkan bawang besar, masukkan cuka makan/air limau, garam dan gula.masukkan air suam.

Jumaat, 9 Disember 2011

Penkek -Pillsbury Pancake Mix Original

Pagi ni sarapan penkek Pillsbury yang dimasak Aisyah. Penkek ni boleh dipelbagaikan citarasa dan mudah membuatnya. Caranya; untuk 20-22 keping pankek masukkan 2 cawan tepung pillsbury, 1 1/3 cawan susu segar, 1/4 cawan minyak jagung dan 2 biji telur.
1.Panaskan kuali leper/pan yang disapu mentega supaya pankek tidak melekat
2.Tuangkan adunan penkek mengikut saiz kesukaan anda/1 senduk
3.Masak dan balikkan penkek sehingga bertukar warna perang.
Untuk citarasa yang pelbagai kta boleh makan bersama mentega dan madu/sirap/kaya/aiskrim/cokelat

Penyejuk Tekak 'The Cupboard 'Diari Resipi Azizul Rahman Famili

Rasa-rasanya dah beberapa kali asyik dok tukar tajuk blog ni. Dari tajuk 'Diari Resipi Azizul Rahman & Cikgu Akma Famili' kepada tajuk 'Almari Lauk Cikgu Akma' dan tukar lagi kepada 'The Cupboard-Diari Resipi Azizul Rahman Famili'
Masa cuti anak-anak suka cuba resipi yang sesuai dengan selera mereka.Petang-petang sesuai menyejukkan tekak dengan roti yang diletakkan aiskrim serta milo.

Khamis, 8 Disember 2011

Aktiviti Masa Cuti Sekolah


Kimbab Korea
Resipi Anakanda Aiman Asyran Bt Azizul Rahman

Bahan utama:       Nasi dan pulut + cuka
                           Gula dan garam
Bahan digulung:   Filamen Ketam
                           Sosej, 
                           telor dadar
                           Isi tuna
                           Lobak merah
                          Timun Jepun
                          dry seawead
                          mayonis
                         + wasabe dan kicap cair
                        

Jumaat, 24 Jun 2011

Selamat Hari Bapa 2011

Selamat Hari Bapa kepada sesiapa yang telah bergelar bapa. Semoga tunjuk ajar tentang hidup menjadi pendoman sepanjang masa. Kepada Almarhum En Azizul Rahman bin Azizi, terima kasih kerana menjadikan aktiviti memasak sebagai hobi sekeluarga. Kini anak-anak semua boleh memasak dan sentiasa mahu mencuba resepi baru.

Ahad, 8 Mei 2011

Happy Mother Day 2011

Selamat hari ibu kepada ibu-ibu seluruh dunia!
Perkara yang paling mengembirakan ibu bila menerima hadiah dari anak-anak dan  bila seorang ibu itu berjaya mendidik anak-anak menjadi anak yang berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat serta berjaya membentuk anak anak rajin kedapur serta pandai memasak yang lazat-lazat dan kreatif.
*Bapa juga memainkan peranan yang penting rajin kedapur serta berjaya memasak yang sedap-sedap untuk seisi keluarga.

Ahad, 1 Mei 2011

Happy Birthday Dad -En Azizul Rahman Bin Azizi

Happy Birthday En Azizul Rahman Bin Azizi pada 2.5.2011 ke 46 tahun. Tahun ini kita sambut hari jadi ayah di kubur dengan bacaan yassin dan tahlil arwah.

Sabtu, 9 April 2011

Sarapan Sihat

Pagi Sabtu anak-anak sibuk menyediakan sarapan sihat penkek vanila dengan telur hancur serta buah epal hijau.
 Bahan-bahan:
1 1/2 cawan susu
1 biji telur (suhu bilik)
2 susu esen vanila
2 cawan tepung naik sendiri
1/3 cawan gula kaster
25 gm mentega dicairkan
sirap mapel

Cara menyediakannya:
Putar susu, telur dan esen vanila di dalam mangkuk. Ayak tepung bersama soda bikarbonat/tepung naik sendiri. Buat lubang ditengah dan tuang bancuhan susu tadi. Masukkan gula kaster dan gaul rata. Panas kan kuali leper dan oles sedikit mentega. Tuang bncuhan penkek sesenduk (untuk sebiji) dan masak selama 2-3 minit. Balikkan penkek dan masak selama 3 minit lagi. Hidang bersama mentega, sirap mapel telur hancur dan buah-buahan kegemaran.

Selasa, 1 Mac 2011

Dough Method dan Roti Manis Sponge -Kursus di Kolej Komuditi Selayang



Roti Manis    

Pada Sabtu 26.02.2011 Aiman Aisyah telah menghadiri kursus membuat roti di Kolej Komuditi Selayang Selangor bersama-sama kawan-kawan dari 2 Yasmeen. Kursus RM 25 ringgit ni berbalui bila Aisyah berjaya menghasilkan 3 jenis roti yang lembut dan gebu.


Bahan-bahan A:

460 gm tepung berprotein tinggi
  10 gm yis segera
340 gm air
1/2 tps Bread Improver

Bahan-bahan B:
 40 gm telur gred A
120 gm gula castor
1/2 tps garam
50 gm air sejuk
6 gm yis segera

Bahan-bahan C:
60 gm mentega
200 gm tepung berprotein tinggi

Cara Penyediaannya:
1.Campurkan bahan-bahan A sehingga sebati dan rehatkan untuk 1-1 1/2 jam
2.Masukkan bahan B ke dalam bahan A, gaul sehingga menjadi adunan yang lembut, kemudian masukkan bahan C dan gaulkan sekali lagi sehingga adunan menjadi lembut. Rehatkan selama 15 minit.
3.Bahagikan adunan kepada 60 gm setiap satu dan bentukkan menjadi bulat, kemudian rehatkan untuk 10 minit

Sabtu, 19 Februari 2011

Sosej Daging -Home made


Home made daging sosej. dari daging hancur, perap dengan kicap ,garam, sos tiram, gula, daun sup dan daun bawang campur lea and parrin. Masukkan di dalam tali perut lembu menggunakan corong plastik. simpulkan dan bakar.

Jumaat, 4 Februari 2011

Rice Paper - Vietnam

First time try rice paper. Rendam dalam air panas rice paper sebelum menggulung dan bentangkan diatas kain bersih untuk di keringkan air. Dalam rice paper letakkan lobak merah, daun salad, isi udang dan isi ketam yang telah direbus, daun bawang serta timun yang dipotong memanjang. Gulung dan boleh di makan dengan sos cili thai.
Sesuai untuk vegetarian atau pengamal diet sihat.( Yang tak tahan bau rice paper macam bedak sejuk rendam) Try and error mungkin next time boleh cuba ingredient yang lebih sedap.

Happy New Year & Happy Birthday to Me!

Happy New Year and Happy Birthday to Me!

Sabtu, 1 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011

          Selamat Tahun Baru 2011. Hari ni 01.01.11 jemaah Surau Nur Ikhwan Taman Rawang Perdana Rawang Selangor mengadakan tahlil almarhum suami saya bekas Imam Azizul Rahman Azizi. Sempena tahun baru diadakan kenduri bbq kambing dan steamboart. (Annual dinner ni selalu dianjurkan suami saya serta geng surau-masak sendiri dan makan sendiri).
Paling terharu dan menyentuh hati, bila anak saya Aiman Hakeem bawa balik steak kambing dan steamboart seafood yang dikirim oleh sahabat almarhum suami saya iaitu En Azman Manan dan En Nazri  serta  sahabat-sahabat dengan ucapan terima kasih kepada saya kerana resipi almarhum suami ni.     
        Bbq kambing, Cucur jagung, nasi tomato, dalca, mee kung-fu, kari kepala ikan,masak kicap daging, gulai labu, kari daging dengan rebung, bubur caca, bubur jagung dan bubur lambok  air tangan Almarhum bekas Imam ni menjadikan surau terkenal dikalangan ustaz-ustaz tersohor seperti Dato'Haron Din, Ustaz Md Zain Md Noh, Ustaz Ghazali Hasbullah, Ustaz Affendi, Ustaz Yahya, Ustaz Abdullah Fathani, Ustaz Nazmi dll.