Sabtu, 3 Julai 2010

Murtabak Maggi Mudah

Bahan-Bahan:                    *gambar rujukan dari mat gebu
Bahan :

Sedikit isi daging/udang/ayam ( potong kecil)
1 ulas bawang putih }diketuk & cincang
1 labu bawang besar }potong dadu
3@4 biji cili padi }dihiris kecil
Sedikit sayur campur
1 peket Maggi(perisa kari @ up to you)
-rebuskan maggi dalam air mendidih hingga lembut,kemudian toskan.
2 biji telur
Secubit garam

Adunan A :
* campur sebati maggi bersama garam dan telur yang telah dipukul .
Cara:
1.Tumis bawang putih hingga kekuningan.
2.Masukkan isi daging/ayam/udang. Masak sehingga empuk.
3.Kemudian masukkan cili padi,sayur campur,bawang besar dan perencah Maggi.
4.Kacau sebati. Bila dah masak angkat dan tuangkan ke dalam adunan A. Gaul sebati adunan tersebut.
5.Kemudian goreng adunan tersebut di atas kuali leper seperti menggoreng telur dadar. Hanya sedikit minyak sahaja digunakan untuk menggoreng.
6.Kalau nak garing, goreng lama sedikit sampai garing. Up to you ler....
Cadangan Hidangan:
Murtabak maggi ini elok dimakan dengan sos cili. Hanya curahkan sos cili di atas murtabak. Sedap dimakan sewaktu panas.
Tambahan:
Perencah Maggi telah tersedia dalam peket bersama maggi.