Ahad, 11 Disember 2011

Cucuq Jagung

Resipi cucuq jagung ni mudah saja membuatnya selalunya ia menjadi resipi wajib time open house rumah saya. Dihidangkan panas-panas kepada tetamu dan dicicah dengan sos maggi thai atau sos yang di buat sendiri. Cucuq jagung ni juga menjadi cucuq yang dihasilkan dari air tangan Almarhum En Azizul Rahman semasa open suarau Nur Ikhwan Rawang  ketika jamuan hari raya. tetapi kini semua tinggal kenangan.
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum  dan sedikit tepung beras
5 tongkol jagung
udang segar
sayur kuchai
bawang besar dimayang
udang kering sedikit ditumbuk
jintan manis ditumbuk kasar
air garam dan air suam
bikarbonate soda/yis dicampur sekiranya inginkan cucuq yang kembung
cili kisar 3 sudu dan serbuk kunyit
air kapur
Cara-caranya
Masukkan semua bahan bancuh dengan air suam. goreng hingga kekuningan

Bahan untuk mencicah:
Tumbuk Cili api anggaran 10 biji, mayangkan bawang besar, masukkan cuka makan/air limau, garam dan gula.masukkan air suam.

Jumaat, 9 Disember 2011

Penkek -Pillsbury Pancake Mix Original

Pagi ni sarapan penkek Pillsbury yang dimasak Aisyah. Penkek ni boleh dipelbagaikan citarasa dan mudah membuatnya. Caranya; untuk 20-22 keping pankek masukkan 2 cawan tepung pillsbury, 1 1/3 cawan susu segar, 1/4 cawan minyak jagung dan 2 biji telur.
1.Panaskan kuali leper/pan yang disapu mentega supaya pankek tidak melekat
2.Tuangkan adunan penkek mengikut saiz kesukaan anda/1 senduk
3.Masak dan balikkan penkek sehingga bertukar warna perang.
Untuk citarasa yang pelbagai kta boleh makan bersama mentega dan madu/sirap/kaya/aiskrim/cokelat

Penyejuk Tekak 'The Cupboard 'Diari Resipi Azizul Rahman Famili

Rasa-rasanya dah beberapa kali asyik dok tukar tajuk blog ni. Dari tajuk 'Diari Resipi Azizul Rahman & Cikgu Akma Famili' kepada tajuk 'Almari Lauk Cikgu Akma' dan tukar lagi kepada 'The Cupboard-Diari Resipi Azizul Rahman Famili'
Masa cuti anak-anak suka cuba resipi yang sesuai dengan selera mereka.Petang-petang sesuai menyejukkan tekak dengan roti yang diletakkan aiskrim serta milo.

Khamis, 8 Disember 2011

Aktiviti Masa Cuti Sekolah


Kimbab Korea
Resipi Anakanda Aiman Asyran Bt Azizul Rahman

Bahan utama:       Nasi dan pulut + cuka
                           Gula dan garam
Bahan digulung:   Filamen Ketam
                           Sosej, 
                           telor dadar
                           Isi tuna
                           Lobak merah
                          Timun Jepun
                          dry seawead
                          mayonis
                         + wasabe dan kicap cair