Sabtu, 9 April 2011

Sarapan Sihat

Pagi Sabtu anak-anak sibuk menyediakan sarapan sihat penkek vanila dengan telur hancur serta buah epal hijau.
 Bahan-bahan:
1 1/2 cawan susu
1 biji telur (suhu bilik)
2 susu esen vanila
2 cawan tepung naik sendiri
1/3 cawan gula kaster
25 gm mentega dicairkan
sirap mapel

Cara menyediakannya:
Putar susu, telur dan esen vanila di dalam mangkuk. Ayak tepung bersama soda bikarbonat/tepung naik sendiri. Buat lubang ditengah dan tuang bancuhan susu tadi. Masukkan gula kaster dan gaul rata. Panas kan kuali leper dan oles sedikit mentega. Tuang bncuhan penkek sesenduk (untuk sebiji) dan masak selama 2-3 minit. Balikkan penkek dan masak selama 3 minit lagi. Hidang bersama mentega, sirap mapel telur hancur dan buah-buahan kegemaran.