Ahad, 11 Disember 2011

Cucuq Jagung

Resipi cucuq jagung ni mudah saja membuatnya selalunya ia menjadi resipi wajib time open house rumah saya. Dihidangkan panas-panas kepada tetamu dan dicicah dengan sos maggi thai atau sos yang di buat sendiri. Cucuq jagung ni juga menjadi cucuq yang dihasilkan dari air tangan Almarhum En Azizul Rahman semasa open suarau Nur Ikhwan Rawang  ketika jamuan hari raya. tetapi kini semua tinggal kenangan.
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum  dan sedikit tepung beras
5 tongkol jagung
udang segar
sayur kuchai
bawang besar dimayang
udang kering sedikit ditumbuk
jintan manis ditumbuk kasar
air garam dan air suam
bikarbonate soda/yis dicampur sekiranya inginkan cucuq yang kembung
cili kisar 3 sudu dan serbuk kunyit
air kapur
Cara-caranya
Masukkan semua bahan bancuh dengan air suam. goreng hingga kekuningan

Bahan untuk mencicah:
Tumbuk Cili api anggaran 10 biji, mayangkan bawang besar, masukkan cuka makan/air limau, garam dan gula.masukkan air suam.

Tiada ulasan: