Sabtu, 27 Mac 2010

Sushi

 Sushi

Bahan-Bahan:
Nasi Sushi:
3 cawan beras pulut
1 cawan beras
5 cawan air
5 sudu besar cuka
5 sudu besar gula
2 sudu kecil garam
1 bungkus seaweed (rumpai laut)
3 biji timun jepun
3 biji carrot/lobak merah
filemen ketam, telur goreng,
mayonis, wasabe dan kicap cair


Cara: Basuh beras pulut dan beras dan masak dengan sukatan air yg diberikan. Angkat.
Campurkan cuka, garam dan gula di dalam periuk kecil. Panaskan (low heat) dan gaulkan sehingga larut. Alihkan dari api dan paksa sejuk dengan meletakkan periuk di dalam campuran air dan ice.
Nasi yang masih panas diletakkan di bahagikan rata di atas dulang plastik/wooden choopingboard dan digaulkan dengan sebatian cuka sehingga rata keseluruhan dengan menggunakan senduk kayu (utk mengelakkan tindak balas cuka terhadap metal/besi). Sapukan mayonis letakkan filemen ketam, timun jepun, lobak merah dan telur goreng yang dipotong memanjang.
Gulung kemas dan potong anggaran 2.5 cm. Hidang di dalam pinggan.
Sushi ini boleh di makan bersama wasabe dan kicap cair

Cadangan Hidangan: Sedap menggunakan campuran tuna dan mayonaise dan timun yg dipotong memanjang dan dibuangkan tengahnya sebagai inti tengah.

Khamis, 18 Mac 2010