Selamat Tahun Baru 2011

          Selamat Tahun Baru 2011. Hari ni 01.01.11 jemaah Surau Nur Ikhwan Taman Rawang Perdana Rawang Selangor mengadakan tahlil almarhum suami saya bekas Imam Azizul Rahman Azizi. Sempena tahun baru diadakan kenduri bbq kambing dan steamboart. (Annual dinner ni selalu dianjurkan suami saya serta geng surau-masak sendiri dan makan sendiri).
Paling terharu dan menyentuh hati, bila anak saya Aiman Hakeem bawa balik steak kambing dan steamboart seafood yang dikirim oleh sahabat almarhum suami saya iaitu En Azman Manan dan En Nazri  serta  sahabat-sahabat dengan ucapan terima kasih kepada saya kerana resipi almarhum suami ni.     
        Bbq kambing, Cucur jagung, nasi tomato, dalca, mee kung-fu, kari kepala ikan,masak kicap daging, gulai labu, kari daging dengan rebung, bubur caca, bubur jagung dan bubur lambok  air tangan Almarhum bekas Imam ni menjadikan surau terkenal dikalangan ustaz-ustaz tersohor seperti Dato'Haron Din, Ustaz Md Zain Md Noh, Ustaz Ghazali Hasbullah, Ustaz Affendi, Ustaz Yahya, Ustaz Abdullah Fathani, Ustaz Nazmi dll.

Ulasan

Catatan Popular