Selasa, 1 Mac 2011

Dough Method dan Roti Manis Sponge -Kursus di Kolej Komuditi Selayang



Roti Manis    

Pada Sabtu 26.02.2011 Aiman Aisyah telah menghadiri kursus membuat roti di Kolej Komuditi Selayang Selangor bersama-sama kawan-kawan dari 2 Yasmeen. Kursus RM 25 ringgit ni berbalui bila Aisyah berjaya menghasilkan 3 jenis roti yang lembut dan gebu.


Bahan-bahan A:

460 gm tepung berprotein tinggi
  10 gm yis segera
340 gm air
1/2 tps Bread Improver

Bahan-bahan B:
 40 gm telur gred A
120 gm gula castor
1/2 tps garam
50 gm air sejuk
6 gm yis segera

Bahan-bahan C:
60 gm mentega
200 gm tepung berprotein tinggi

Cara Penyediaannya:
1.Campurkan bahan-bahan A sehingga sebati dan rehatkan untuk 1-1 1/2 jam
2.Masukkan bahan B ke dalam bahan A, gaul sehingga menjadi adunan yang lembut, kemudian masukkan bahan C dan gaulkan sekali lagi sehingga adunan menjadi lembut. Rehatkan selama 15 minit.
3.Bahagikan adunan kepada 60 gm setiap satu dan bentukkan menjadi bulat, kemudian rehatkan untuk 10 minit