Ramadhan Almubarak
Salam Ramadhan Mubarak 2012. Apabila Ramadhan tiba saya paling rindukan saat masak bersama-sama arwah suami dan anak-anak dan ketika berbuka. Disunatkan berbuka dengan buah kurma. Pejam celik-pejam celik keindahan bulan Ramadahan tiba lagi. Semakin kita menginjak umur, semakin berbeza cara kita menikmati dan mensyukuri bulan penuh mulia ini. pasti rasa kerinduan pada Ramadhan yang dulu banyak mengimbau kenangan. BUBUR LAMBUK EN. AZIZUL RAHMAN B. AZIZI (bubur lambuk arwah ARAzizi yang mendapat pujian ustaz yang hadir ke Surau Nur Ikhwan) BAHAN_BAHAN Daging lembu segar Tulang lembu 3 pot Beras (Rempah ratus letak sedikit sahaja) .kulit kayu manis bunga lawang bunga cengkeh buah pelaga halba lada hitam biji kiub ayam/ikan bilis Knorr santan garam dan gula Daun sup Bawang putih Bawang besar (Bawang dimayang) CARA-CARANYA: Rebus daging dan tulang dalam periuk tekanan supaya cepat lembut. Setelah daging dan tulang agak lembut, masukkan b